comscore
Tumpuan :
Nasional

324 mangsa banjir kilat di Perak, sehingga 8 pagi tadi

FOTO: Ihsan APM Perak

TELUK INTAN: Banjir di Perak melibatkan 324 mangsa dengan mereka ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah.

Jumlah itu meningkat berbanding hanya 273 daripada 85 keluarga setakat 6 petang semalam.

Sehingga 10.15 malam tadi, sebuah PPS baru dibuka di Hulu Perak dengan 76 mangsa daripada 20 keluarga.

Banjir membabitkan Kampung Pahat Dalam; Kampung Pahat Luar; Kampung Tanjung Kekabu; Kampung Star Kecil; Kampung Kerunai; Kampung Kota; Kampung Dusun; Kampung Padang Stang dan Kampung Padang Langgar.

Tiga PPS lain masih aktif, iaitu PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak dan PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Langkap di daerah Hilir Perak serta PPS SK Changkat Lobak di Kerian.

FOTO: Ihsan APM Perak

“Hilir Perak menjadi daerah paling terjejas di Perak dengan merekodkan 207 mangsa (66 keluarga) ditempatkan di dua PPS selepas beberapa kampung di Changkat Jong dinaiki air kesan limpahan Sungai Bidor.

“Seramai 169 mangsa (55 keluarga) ditempatkan du PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak, manakala PPS Dewan MPTI Langkap menempatkan 38 mangsa (15 keluarga).

“PPS SK Changkat Lobak pula mencatatkan 41 mangsa daripada sembilan keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak melaporkan paras air Sungai Bidor di Changkat Jong dekat sini mencecah 3.82 meter (m), melepasi paras bahaya 3.50m.

Setakat ini, banjir merekodkan paras berjaga-jaga di
di Sungai Kinta, Weir Tanjung Tualang dan Sungai Kerian di Selama dengan bacaan 13.48m (paras berjaga-jaga bagi Sungai Kinta, 13.00m) dan 11.28m (paras berjaga-jaga bagi Sungai Kerian, 11.00m).

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini