Tumpuan :
Nasional

323 stesen pemancar telekomukasi terjejas banjir sepanjang MTL

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil ditemui media selepas menghadiri Program Jelajah Hari Wartawan Nasional (Hawana) Bersama Siswa di Universiti Sultan Zainal Abdin (UniSZA), Kuala Nerus, hari ini.

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah 

KUALA NERUS: Sebanyak 323 stesen pemancar telekomunikasi dikesan terjejas dalam kejadian banjir di seluruh negara dari 30 November lalu hingga hari ini.

Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, 318 stesen pemancar telekomunikasi itu telah kembali beroperasi dan lima masih terjejas.

“Manakala dari segi stesen pemancar komunikasi menara-menara, secara keseluruhan terdapat 323 menara telah terkesan sejak berlaku banjir pada 30 November sehingga ke hari ini.

“Daripada jumlah 323 itu, 318 telah beroperasi semula dan lima masih belum beroperasi di seluruh negara. Terdapat 264 di Kelantan, 49 di Terengganu, sembilan di Pahang dan satu di Johor Bahru,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program Jelajah Hari Wartawan Nasional (Hawana) Bersama Siswa di Universiti Sultan Zainal Abdin (UniSZA).

Sementara itu, sebanyak sembilan daripada 97 Pusat Sebaran Maklumat Nasional-Nadi yang terjejas banjir masih belum dapat beroperasi.

Dalam perkembangan lain, Fahmi turut ditanya bersabit penyebaran berita palsu atau tidak tepat mengenai kejadian banjir sepanjang Monsun Timur Laut (MTL).

Jelasnya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak menerima sebarang aduan bersabit perkara itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini