Tumpuan :
Nasional

31 jalan di Terengganu ditutup kepada semua kenderaan

Jalan Kenyir ke Aring, Hulu Terengganu ditutup selepas berlaku mendapan tanah. – Foto NSTP

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 31 jalan, termasuk dua jalan utama ditutup kepada semua kenderaan selepas dinaiki air berikutan hujan lebat sejak pagi semalam.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Ir Dr Hasli Ibrahim berkata, ia membabitkan tujuh di Besut, Hulu Terengganu (sembilan), Setiu (enam), Kemaman (lima) dan Dungun (empat).

Mendapan tanah di KM 187 hingga 189 Jalan Kenyir ke Aring di Hulu Terengganu. FOTO Ihsan Pembaca.

Katanya, dua jalan utama yang ditutup adalah Jalan Seberang Jertih ke Bukit Yong sempadan Terengganu-Kelantan di Kampung Nangka, Besut yang dinaiki air sedalam kira-kira 0.8 meter (m) sejauh 600m dan Jalan Air Putih-Chukai di Kampung Tasik Biru, Kemaman yang ditenggelami air

“Selain itu, 13 lagi jalan turut ditutup secara berperingkat sejak semalam kepada kenderaan ringan.

“Antara jalan yang ditutup adalah empat di Besut, Hulu Terengganu (satu), Setiu (lima), masing-masing satu di daerah Kemaman dan Marang,” katanya.

Mengenai kejadian tanah runtuh, Hasli berkata, hanya satu laluan ditutup iaitu di Kilometer 187 hingga 189, Kenyir ke Aring selepas berlaku mendapan tanah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini