KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah mencatat sehingga 305 kes kebakaran kebun, ladang, hutan, belukar dan lalang tahun ini.
Pengarah JBPM Sabah, Abdul Razak Muda berkata semua kes kebakaran direkodkan bermula 1 Januari sehingga semalam.
“Untuk semua kes ini, kebakaran belukar dan lalang mencatat jumlah paling tinggi iaitu 229 kes yang mana bulan ini merekodkan 189 kes dan hanya 40 kes bulan lalu,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Menurut Abdul Razak, kebakaran hutan mencatat keseluruhan 102 kes masing-masing 27 kes bagi Januari dan 75 kes pada bulan ini.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah mencatat sehingga 305 kes kebakaran kebun, ladang, hutan, belukar dan lalang tahun ini. pic.twitter.com/XJf7ymXM8F
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) February 23, 2024
Katanya, bagi kes kebakaran belukar dan ladang, sembilan kes dicatatkan bulan lalu diikuti 13 kes dicatatkan bagi bulan ini setakat semalam.
Beliau juga meminta orang awam agar tidak memulakan aktiviti pembakaran terbuka yang berpotensi menjadi penyebab kepada kebakaran seumpama ini.
“Hubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) berhampiran sekiranya mengesan kebakaran di kawasan terbuka untuk tindakan kawalan segera,” katanya.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Maritim Malaysia terbangkan pesawat Amfibia bantu padam kebakaran hutan
- 95% kebakaran hutan belukar di Jalan Salebana Cove – Punggai telah berjaya dipadamkan
- Usaha padam kebakaran hutan di Kuala Penyu dan Beaufort diteruskan hari ini
- Kebakaran aktif kian membimbangkan, angka korban kebakaran hutan Chile kini 112 orang
- Projek SMPEM kurangkan kebakaran hutan paya gambut