comscore
Tumpuan :
Nasional

3,047 mangsa banjir berlindung di 37 PPS di Terengganu

KUALA TERENGGANU: Setakat jam 8 pagi tadi, seramai 3,047 mangsa banjir membabitkan 814 keluarga terus berlindung di 37 pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu, berkurang berbanding 3,432 orang (951 keluarga) pada malam tadi.

Ketika ini, semua daerah masih terjejas akibat banjir kecuali Besut yang telah pulih daripada bencana itu, semalam.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Dungun masih merekodkan jumlah tertinggi mangsa banjir membabitkan seramai 2,088 orang (558 keluarga) yang ditempatkan di 26 PPS.

Selain itu, seramai 132 mangsa banjir (36 keluarga) berada di dua PPS di Kuala Terengganu, manakala 63 lagi (14 keluarga) berlindung di dua PPS di Kemaman.

Jumlah mangsa banjir di Hulu Terengganu, Marang, Setiu dan Kuala Nerus tiada menunjukkan perubahan pada pagi ini.

Hulu Terengganu merekodkan 630 mangsa banjir (176 keluarga) yang berpindah ke tiga PPS; Marang pula 91 orang (22 keluarga) di sebuah PPS; Setiu 37 orang (tujuh keluarga) di dua PPS; dan Kuala Nerus enam mangsa banjir (satu keluarga) di sebuah PPS.

Loading...
Terkini