Tumpuan :
Nasional

3,000 penyokong berhimpun di Istana Kehakiman setakat 9 pagi

Kira-kira 3,000 penyokong Datuk Seri Najib Razak memenuhi pekarangan Istana Kehakiman.

Oleh: Zulfakhri Shamsul Ariffin & Fareez Azman

PUTRAJAYA: Kira-kira 3,000 penyokong Datuk Seri Najib Razak memenuhi pekarangan Istana Kehakiman di sini pagi hari ini.

Himpunan itu difahamkan bagi menyatakan sokongan terhadap bekas Perdana Menteri itu berhubung rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan Titah Adendum.

Menurut tinjauan Buletin TV3, mereka berkumpul seawal jam 7 pagi di sini untuk bersodaliriti secara aman.

Semalam Buletin TV3 melaporkan, polis menolak permohonan penganjur himpunan solidariti Najib Razak di Istana Kehakiman, Putrajaya, hari ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya menerima permohonan daripada penganjur pada 31 Disember lalu.

Terdahulu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyeru semua pihak agar berhenti mempolitikkan isu pengampunan Najib.

Beliau menegaskan UMNO tidak pernah berhenti memperjuangkan keadilan untuk Najib namun ia dilaksanakan secara perlembagaan dan tidak akan tersasar daripada proses undang-undang.

Menurut Mohamed Khaled, kesetiaan UMNO terhadap Najib adalah berdasarkan jasa besar beliau kepada bangsa dan negara sepanjang kepimpinannya sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini