comscore
Tumpuan :
Nasional

30 tong bahan kimia dibuang kawasan lapang di Gopeng

Lokasi buang sisa toksik haram dikawal anggota keselamatan
FOTO IHSAN BOMBA

GOPENG: 33 tong bahan kimia ditemukan dibuang secara haram oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di kawasan lapang berhampiran Pusat Transformasi Luar Bandar, RTC Gopeng.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, pihaknya menerima panggilan pada 5.01 petang semalam, memaklumkan penemuan itu.

Anggota dari balai bomba Gopeng dikerahkan ke lokasi kejadian dibantu anggota dari balai bomba Simpang Pulai dan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya, HAZMAT balai bomba Pasir Puteh.

Turut serta pihak polis dan pegawai Jabatan Alam Sekitar, JAS.

Pemeriksaan mendapati, semua tong telah bocor dan mengandungi 20 peratus cecair sisa berjadual.

Tindakan segera pihak bomba mengepung kawasan berkenaan sebelum pihak Hazmat dari balai bomba pasir putih tiba.

Pasukan Hazmat telah membuat pengesanan dan mengambil sampel di lokasi .

Operasi kemudian diteruskan dengan menutup cecair yang terdedah dengan pasir. – BULETIN TV3

Loading...
Terkini