comscore
Tumpuan :
Nasional

30 peratus kanak-kanak diselamatkan dalam Op Global alami kecelaruan kognitif – Nancy

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

KUALA LUMPUR: Hampir 30 peratus daripada 385 kanak-kanak berusia tujuh tahun ke atas yang diselamatkan dalam Op Global membabitkan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) sejak September lalu, mengalami masalah kecelaruan kognitif.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata daripada jumlah itu, 7.70 peratus dikesan mengalami kecelaruan kognitif teruk, 20.26 peratus pula menunjukkan kecelaruan kognitif sederhana, selebihnya tidak mengalami masalah berkenaan.

Selain itu, katanya, 56.3 peratus daripada keseluruhan 558 yang diselamatkan mengaku pernah bersekolah, sama ada di sekolah kebangsaan, aliran agama kerajaan, agama atau pusat dikendalikan GISBH mahupun di tempat tinggal mereka.

Beliau berkata, seramai 94.3 peratus daripada mereka mengaku masih memiliki sekurang-kurangnya seorang ibu atau bapa kandung, manakala 5.7 peratus lagi tidak mempunyai atau memiliki maklumat ibu bapa.

“Seramai 51.6 peratus kanak-kanak ini mencatatkan berat badan di bawah paras BMI sihat, manakala 2.7 peratus lagi dalam kategori obesiti dan berat badan normal (46.1 peratus).

“Tiga daripada mereka mempunyai Kad Orang Kurang Upaya (OKU), manakala 27 orang lagi kanak-kanak mempunyai simptom OKU,” katanya ketika sesi Penerangan Menteri berkenaan Isu Kebajikan Kanak-Kanak Diselamatkan dalam Op Global membabitkan GISBH di Dewan Rakyat hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini