comscore
Tumpuan :
Nasional

30 kawasan kemalangan, kesesakan dikenal pasti seluruh negara 

Foto hiasan

Oleh Baharudin Mohamed

AYER KEROH: Polis mengenal pasti 30 lokasi sering berlakunya kemalangan pada musim perayaan di seluruh negara.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, 6,559 pegawai dan anggota trafik dikerah bagi melancarkan aliran lalu lintas sekali gus mengurangkan kemalangan sempena Op Selamat bertemakan ‘rumah selamat, selamat sampai ke destinasi’ yang akan bermula 18 hingga 27 januari  ini.

Katanya, kekerapan berlaku kemalangan di kawasan terbabit berpunca daripada sikap pengguna yang sering melakukan enam kesalahan utama di jalan raya terutamanya memandu laju, menggunakan peranti komunikasi ketika memandu, memotong garisan berkembar dan memandu di lorong kecemasan.

Beliau berkata kepada media selepas melancarkan Op Selamat ke-19 sempena Tahun Baharu Cina di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Jejantas Ayer Keroh, Melaka, semalam.

Sementara itu, PLUS menjangkakan dua juta kenderaan akan menggunakan Lebuhraya Utara Selatan setiap hari pada waktu puncak dalam tempoh berkenaan iaitu peningkatan 20 peratus berbanding hari biasa.

PLUS akan mengeluarkan cadangan waktu perjalanan untuk membantu mengagihkan trafik dan membantu pengguna merancang perjalanan di lebuh raya.

 

Loading...
Terkini