Oleh Selwam Arjunan
GEORGE TOWN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik 3 Ahli Parlimen dari Pulau Pinang selaku Timbalan Menteri dalam kabinet Kerajaan Campuran.
Ketiga-tiga Ahli Parlimen berkenaan merupakan wakil rakyat daripada parti DAP.
Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim yang juga Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan. Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan ketika pentadbiran Pakatan Harapan.
Bagaimanapun mencuri tumpuan adalah pelantikan Ahli Parlimen Tanjong, Lim Hui Ying sebagai Timbalan Menteri Pendidikan setelah menang dalam pilihan raya pertama beliau dalam Pilihan Raya Umum ke-15.
Beliau yang juga adik Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng merupakan Setiausaha DAP Negeri Pulau Pinang.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ram Karpal Singh diperuntukkan jawatan Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Fadhlina Siddiq diberi tanggungjawab sebagai Menteri Pendidikan dalam kabinet pimpinan Datuk Seri Anwar.