comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 3 beradik ditahan kes bunuh, tanam belakang rumah

GOMBAK: Tiga beradik ditahan kerana disyaki terbabit dalam pembunuhan seorang lelaki yang mayatnya ditemukan ditanam di belukar di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Choh, Rawang di sini, malam tadi.

Anggota polis melakukan penyiasatan di tempat kejadian. – Foto ihsan pembaca

Ketiga-tiga suspek membabitkan dua lelaki berusia 29 dan 33 tahun serta seorang wanita berusia 32 tahun ditahan di kediaman mereka di kampung berkenaan selepas polis menerima laporan kejadian kira-kira jam 11.25 malam tadi.

Kesemua mereka direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pemangku Ketua Polis Gombak Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata,  salah faham antara mangsa dengan teman wanitanya yang juga adik perempuan kepada suspek dipercayai punca kejadian.

“Mangsa datang (ke lokasi kejadian) bersama empat individu sebelum berlaku pertengkaran menyebabkan mangsa dipukul menggunakan kayu, botol kaca dan tong besi sehingga mati.

Seorang jiran menunjukkan lokasi mangsa dibunuh selepas berlaku pergaduhan – Foto: NSTP

“Selain daripada tiga suspek yang ditahan, polis masih mengesan empat suspek (individu membawa mangsa ke lokasi kejadian) yang masih bebas iaitu dua lelaki dan dua wanita,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan kejadian berlaku akibat perselisihan faham, bagaimanapun polis mengesahkan ia berpunca akibat salah faham pasangan kekasih yang berakhir dengan kematian seorang daripada mereka.

Foto: NSTP

Mayat mangsa ditanam di belakang rumah keluarga itu sebelum wanita berusia 27 tahun yang juga isteri kepada seorang daripada suspek membuat laporan polis pada jam 11.25 malam tadi.

Mengulas lanjut, Noor Ariffin berkata, berdasarkan laporan, pada jam 5 petang, pengadu terdengar perbualan antara suami dan abang iparnya yang meminta tolong untuk menanam satu mayat.

“Siasatan awal polis menjumpai mayat lelaki tanpa pengenalan diri yang dipercayai warga tempatan ditanam dalam satu kawasan belukar,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini