comscore
Tumpuan :
Nasional

3 rumah musnah dalam kebakaran

Keadaan rumah mangsa yang musnah dalam kebakaran di Lorong Melur 4 Kg Baru Pasir Putih, Tawau, tengah malam tadi- NSTP

TAWAU: “Dalam tempoh 20 minit, rumah hangus terbakar tanpa kami sempat berbuat apa-apa,” kata Norashikin Rasyidah Abd Wahab, mangsa kebakaran di Lorong Melur 4, Kampung Baru Pasir Putih, dekat sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi, Norashikin, 18, bersama empat ahli keluarganya tinggal sehelai sepinggang selepas berjaya meredah api dan asap tebal ketika keluar menyelamatkan diri.

Menceritakan detik cemas itu, pelajar Tingkatan Enam itu berkata, ketika kejadian mereka sekeluarga sedang tidur sebelum terjaga akibat bahang panas.

“Saya terbangun kerana bahang panas dan terkejut apabila melihat api marak di bahagian siling rumah sebelum bergegas mengejutkan ibu, bapa dan adik yang tidur di bilik masing-masing.

“Tiada apa-apa barang yang dapat diselamatkan termasuk buku-buku, pakaian dan peralatan sekolah,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Seorang lagi mangsa, Hamzah Nusu, 57, berkata, walaupun sedih apabila rumah yang diduduki sejak lebih 20 tahun itu musnah, namun dia reda ujian yang menimpa mereka.

“Saya bersyukur semua ahli keluarga termasuk dua anak kelainan upaya (OKU) pembelajaran tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata sepasukan 20 anggota bomba bersama dua jentera termasuk sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi dan menerima panggilan.

Katanya, kebakaran membabitkan tiga rumah yang musnah sepenuhnya.

Beliau berkata, pasukan bomba mengawal kebakaran pada jam 2.29 pagi sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya dua jam kemudian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini