Tumpuan :
Nasional

3 remaja direman akibat bergaduh

Rakaman CCTV memaparkan kumpulan remaja bergaduh di kawasan tempat letak kenderaan.

PETALING JAYA: Tiga remaja direman empat hari bagi membantu siasatan kes pergaduhan melibatkan dua kejadian di taman perumahan awam dan kawasan tempat letak kenderaan pasar raya di Ara Damansara di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian merusuh itu pada 11.24 malam.

“Susulan maklumat itu, pada 1.10 pagi sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya berjaya menahan tiga remaja berusia 14 hingga 16 tahun di sekitar kawasan berkenaan.

Jelasnya, dalam kejadian jam 11 malam itu, dua kumpulan remaja itu telah bergaduh kerana ejek-mengejek antara satu sama lain.

“Siasatan awal mendapati dua kejadian berkenaan dipercayai berpunca dari cemuhan dan mempersendakan antara dua kumpulan terbabit,”katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, Pergaduhan itu menyebabkan ada di antara mereka cedera dan kejadian itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

“Tiga remaja itu direman mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai dinasihatkan mematuhi undang-undang dan tidak melakukan sebarang perbuatan jenayah,” katanya. -HARIAN METRO

Loading...
Terkini