![](https://media.buletintv3.my/2025/02/PASIR-BESAR-1.jpg)
GEMAS: Tiga premis termasuk sebuah rumah terbakar di FELDA Pasir Besar tengah hari tadi.
![](https://media.buletintv3.my/2025/02/PREMIS.jpg)
Komander Operasi Kanan, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mohd Razeaf Zamri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.55 tengahari sebelum sepasukan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Gemas, Bahau dan Gemencheh dikerah ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian, terdapat kebakaran berhampiran sebuah stesen minyak di FELDA berkenaan.
![](https://media.buletintv3.my/2025/02/PASIR-BESAR-2.jpg)
“Ia membabitkan sebuah rumah kediaman dianggarkan musnah 40 peratus, satu unit inap desa dengan kemusnahan 90 peratus dan sebuah gerai buah hangus 100 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Razeaf berkata, kejadian turut menyebabkan tiga buah motosikal hangus termasuk sebuah motosikal roda tiga.
![](https://media.buletintv3.my/2025/02/PASIR-BESAR-3.jpg)
Katanya, kebakaran dapat di kawal pada jam 1.20 tengahari.
![](https://media.buletintv3.my/2025/02/Pul74gzv-MOTOSIKAL.jpg)
Tiada mangsa dilaporkan yang terbabit dalam kebakaran itu.
“Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.