PUTRAJAYA: Tiga pengawal keselamatan warga Filipina ditahan semalam selepas didapati menggunakan kad pengenalan (MyKad) rakyat tempatan serta palsu untuk mendapatkan pekerjaan di negara ini.
Suspek berusia antara 30 hingga 34 tahun itu ditahan kira-kira jam 6 petang oleh Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ketika sedang bekerja di Kajang, Selangor hasil risikan dan pemantauan selama dua minggu.
Siasatan awal mendapati mereka memperoleh kad pengenalan terbabit dengan meminjam daripada rakan.
Sumber JPN berkata, seorang daripada suspek pula didapati memiliki kad pengenalan palsu.
“Mereka didapati menggunakan kad pengenalan milik orang lain dan kad pengenalan palsu antara empat bulan hingga dua tahun sebagai identiti mereka.
Mereka yang ditahan kini dalam proses siasatan lanjut dan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang serta boleh disabitkan atas kesalahan mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990.
“Tujuan mereka adalah untuk mendapatkan pekerjaan. Dua daripadanya memiliki pasport Filipina manakala seorang lagi tidak mempunyai sebarang dokumen,” katanya.
Katanya, JPN kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu.
Mereka yang ditahan kini dalam proses siasatan lanjut dan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang serta boleh disabitkan atas kesalahan mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990.
“Ia memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.