Tumpuan :
Nasional

3 pekerja kilang cedera akibat letupan gas silinder

Oleh: Selwam Arjunan

BAYAN LEPAS: Seorang pekerja kilang patah kaki, manakala dua lagi cedera ringan dalam kejadian letupan gas di sebuah kilang Zon Perdagangan Bebas Fasa 3, di sini, tengah hari tadi.

Bagaimanapun, letupan gas itu tidak menyebabkan kebakaran.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.16 tengah hari dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru bergegas di lokasi.

“Insiden letupan gas di dalam kilang yang berpunca dari silinder FM200 berdasarkan maklumat daripada pekerja kilang.

“Letupan telah mengakibatkan tiga orang mangsa mengalami kecederaan dan mangsa telah diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS.

“Insiden letupan tidak melibatkan kebakaran, anggota bomba membuat kerja-kerja pemantauan bagi memastikan tiada risiko bahaya lain,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, mangsa lelaki berusia 49 tahun mengalami patah kaki kanan.

Manakala mangsa lain berumur 38 dan 40 tahun mengalami kecederaan ringan.

Kesemua mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan susulan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini