Tumpuan :
Nasional

3 pegawai kanan polis bertukar jawatan

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Abdul Majid dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Bukit Aman, berkuat kuasa 13 Januari depan.

Beliau menggantikan Datuk Seri Azmi Abu Kassim yang ditukar ke jawatan baharu sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman.

Setiausaha Polis Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Kamaruzaman Abdullah, memaklumkan pertukaran turut membabitkan Ketua Staf Pasukan Khas Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Senior Asisten Komisioner Nasaruddin M Nasir.

Katanya, Nasaruddin dilantik sebagai Ketua Kawalan dan Perlindungan Sempadan (KKPS), Kompleks Bersepadu Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKSEM).

“Selain itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJN) Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Jasmirol Jamaluddin dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi) JSJN Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner (SAC),” katanya.

Tambah beliau, kesemua pelantikan baharu itu berkuat kuasa ke jawatan masing-masing bermula 31 Januari depan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini