Tumpuan :
Nasional

3 negeri dijangka alami hujan berterusan tahap waspada

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada membabitkan tiga negeri, dengan Johor dijangka terkesan hingga Jumaat ini, manakala Sarawak dan Sabah hingga Ahad.

Menurut satu kenyataan, kawasan terjejas di Johor melibatkan daerah Mersing dan Kota Tinggi, dengan hujan dijangka berlarutan sehingga 20 Disember.

Di Sarawak, hujan berterusan hingga 22 Disember ini melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi).

Manakala di Sabah melibatkan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan).

MetMalaysia mengingatkan orang ramai agar berwaspada terhadap risiko hujan lebat, yang boleh menyebabkan banjir atau bencana lain.

Penduduk dinasihatkan untuk mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan dan sentiasa mendapatkan maklumat terkini melalui saluran rasmi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini