comscore
Tumpuan :
Nasional

3 melecur, bot meletup dan terbakar di Mersing

FOTO: JBPM Johor

Oleh: Zahir Senapiah

MERSING: Tiga melecur selepas sebuah bot yang membawa pelancong meletup dan terbakar di Jalan Benteng, Taman Srii Daik, dekat sini, awal pagi tadi.

Kejadian dilaporkan berlaku jam 1.15 pagi ketika bot panjang 10 x 3 meter yang diletakan ditempat berkenaan tiba-tiba meletup dan terbakar.

FOTO: JBPM Johor

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan penyelamat Johor, menerima panggilan jam 1.20 pagi.

Dua buah jentera bersama 14 anggota bomba dari balai bomba Endau dan Mersing bergegas ke lokasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Azlan Hamzah.

FOTO: JBPM Johor

“Setibanya di tempat kejadian mendapati sebuah bot penumpang dalam keadaan parking  telah meletup di bahagian tangki minyak menyebabkan kebakaran hingga 80 peratus.

“Tiga mangsa telah melecur dan semua mereka dihantar ke Hospital Mersing oleh orang awam” katanya.

Mangsa dikenali sebagai Jumarianto Darto, 51, Muhammad Iman Abd Ghaffar, 37 dan Muhammad Hazmi Farhan Jumarianto, 20.

FOTO: JBPM Johor

Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan polis.

Operasi ditamatkan jam 2.15 pagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini