Tumpuan :
Nasional

3 maut dalam kemalangan babit 3 kenderaan

FOTO: JBPM

LAHAD DATU: Tiga maut termasuk seorang kanak-kanak, manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan FELDA Sahabat, di sini, petang semalam.

Dua daripada tiga yang maut itu membabitkan seorang kanak-kanak perempuan dan wanita dewasa berada dalam kereta jenis Proton Iswara Aeroback, manakala seorang lagi membabitkan lelaki yang juga penunggang motosikal.

Dua mangsa yang parah pula turut menaiki Proton Iswara Aeroback terbabit.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu Nissan Frontier, Proton Iswara Aeroback dan motosikal pada jam 6.19 petang.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu digerakkan ke tempat kejadian yang terletak 77 kilometer (km) dari balai.

“Terdapat 13 mangsa dalam kemalangan ini. Empat mangsa dalam Proton Iswara Aeroback dikeluarkan orang awam dengan dua parah dihantar ke Klinik Kesihatan Tungku oleh ambulans untuk rawatan lanjut.

“Satu mangsa dalam Proton Iswara Aeroback dan seorang penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang yang berada dalam kereta sama meninggal dunia dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Tungku,” katanya ketika dihubungi BH.

FOTO: JBPM

Tambahnya lagi, lapan lagi mangsa yang berada dalam Nissan Frontier membabitkan empat lelaki dan wanita dewasa serta tiga kanak-kanak hanya cedera ringan dan dihantar ke klinik sama oleh ambulans dan kenderaan awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Dua mangsa yang meninggal dunia di lokasi kejadian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Pasukan bomba kemudian membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada bahaya lain wujud dan operasi ditamatkan pada 10.06 malam,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini