Tumpuan :
Nasional

3 maut, 5 cedera kemalangan libatkan MPV dan lori

Dua wanita dan seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Pesisir Pantai Bintulu – Samalaju, Bintulu.

BINTULU: Dua wanita dan seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Pesisir Pantai Bintulu – Samalaju di sini awal pagi ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kesemua mangsa yang maut menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Perodua Alza bersama dua lagi mangsa yang parah.

Dua daripada mangsa yang menaiki lori tiga tan cedera ringan, sementara pemandunya yang berjaya keluar sendiri dari kenderaannya mengalami kecederaan patah kaki.

“Anggota terlibat seterusnya melakukan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan Perodua Alza menggunakan peralatan penyelamatan sehingga kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dan operasi dapat dikawal sekitar jam 8.13 pagi sebelum ditamatkan lima minit kemudian,”

Bagaimanapun tiga dari lima mangsa yang menaiki kenderaan terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan yang turut berada di lokasi kejadian.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Nur Azalea Zakiah Jiben, 44, Ariana Juana Helda, 22 dan Simon Hiu, 39 manakala mangsa yang parah iaitu pemandu lori, Hessmans Rawing Judin, 44, Roslan Langga, 50 dan Ningkan Chalana, 52 tahun.

Kesemua mangsa yang maut kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, manakala mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.

Punca kemalangan masih dalam siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini