comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 3 mati dalam MPV, tunggu laporan bedah siasat – Polis

 

BATU PAHAT: Siasatan kes tiga warga Myanmar yang ditemui mati di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Yong Peng, malam tadi, setakat ini, diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, siasatan awal mendapati, tiada sebarang unsur jenayah ditemui pada ketiga-tiga mangsa.

“Setakat ini, polis buka kertas siasatan sebagai mati mengejut. Namun, semuanya bergantung kepada laporan bedah siasat” katanya ketika dihubungi.

Shahrulanuar berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati kesemua mereka dalam perjalanan dari Genting Highlands menuju ke Taman Air Biru, Pasir Gudang .

“Rekod diperolehi mendapati mereka mempunyai pasport dan bekerja di sana (Pasir Gudang),” katanya.

Mayat warga Myanmar tiba di Jabatan Forensik HSNI. – Foto NSTP

Dalam kejadian jam 8.30 malam tadi, tiga termasuk seorang wanita Myanmar ditemui oleh orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam MPV berkenaan di R&R Yong Peng arah Selatan.

Artikel berkaitan : Tiga ditemukan maut dalam kereta di R&R Yong Peng

Orang awam kemudian bertindak memecah cermin MPV itu.

Bagaimanapun, pasukan perubatan yang tiba di lokasi membuat pemeriksaan dan mendapati ketiga-tiganya sudah meninggal dunia.

Mangsa lelaki dikenali sebagai Myo Htet, 25, dan  Zaw Naing Oo, 23.

Manakala identiti manga wanita dikenalpasti sebagai Khin Mar Yee berusia 27 tahun.

Mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

Loading...
Terkini