comscore
Tumpuan :
Nasional

3 lelaki ditahan, berpakaian tidak senonoh ketika acara larian

JOHOR BAHRU: Polis menahan tiga lelaki termasuk dua warga asing bagi membantu siasatan kes berpakaian tidak senonoh ketika menyertai program larian antarabangsa Pan Asia 2024 di Bandar Penawar semalam.

Mereka ditahan sepasukan polis di sebuah hotel di daerah Kota Tinggi, kira-kira jam 10 malam tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk M.Kumar berkata, ketiga-tiga lelaki berumur 39 hingga 70 tahun.

“Pihak polis turut merampas pakaian dan aksesori yang dipercayai dipakai semasa larian itu iaitu sepasang sari berwarna merah, skirt berwarna merah, 3 keping kadbod berwarna perak dan sebatang tombak tiruan berwarna perak” katanya dalam satu kenyataan.

“Hasil ujian air kencing juga mendapati kesemua suspek negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Siasatan awal mendapati tindakan yang dilakukan oleh ketiga-tiga suspek adalah atas kapasiti individu, dan bukan mewakili pihak penganjur atau program larian yang dianjurkan.

“Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana kelakuan yang menghina dan Seksyen 294 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan lucah di tempat awam,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini