Oleh: Shahnun Hanif Abdullah Suhaimi
KUALA KRAI: Dua kereta dan satu motosikal yang diparkir di tepi tangga Bradley Kuala krai dekat tebing Sungai Kelantan nyaris hanyut apabila ditenggelami air setinggi 1.5 meter.
Tiga kenderaan itu diselamatkan 10 anggota sukarelawan sebuah NGO di sini yang bertugas ketika banjir.
Kenderaan berkenaan adalah milik penduduk yang tinggal di Kampung Bahagia terletak di seberang Sungai Kelantan.
Menurut Pengerusi Persatuan Sukarelawan Rakyat Kuala Krai, Mohd Hilal Hazwan Ismail, penduduk biasanya meletak kenderaan di kawasan itu sebelum menaiki bot ke Kampung Bahagia.
Namun semalam tidak menyangka air naik begitu cepat menyebabkan tidak sempat menyelamat kan 3 kenderaan itu.
Video tular menunjukkan tiga kenderaan diselamatkan 10 anggota sukarelawan sebuah NGO di Kuala Krai yang bertugas ketika banjir. pic.twitter.com/tfz6l6nfss
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) November 28, 2024
Menurut Mohd Hilal, pemilik kenderaan kemudian menelefon beliau meminta bantuan pagi semalam.
Katanya, pihaknya menarik kenderaan tenggelam itu dengan tiga pacuan empat roda selesai hampir setengah jam.
Jelasnya, sekiranya usaha tidak segera dilakukan menarik kenderaan terbabit dikhuatiri akan hanyut dibawa arus ke Sungai Kelantan terletak hanya 100 meter dari lokasi kejadian.
Menurutnya buat masa ini, Sungai Kelantan di Kuala Krai menunjukkan trend meningkat ekoran hujan lebat berterusan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.