comscore
Tumpuan :
Nasional

3 cedera, kereta terhumban dalam longkang

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam kereta di sebuah longkang di Jalan Bachang-Batu Berendam, Melaka awal pagi tadi. FOTO: JBPM

MELAKA: Tiga lelaki nyaris maut selepas kereta dinaiki terhumban ke dalam longkang di Jalan Bachang menghala ke Batu Berendam, di sini, awal pagi tadi, dipercayai akibat terbabas.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, mangsa yang berusia lingkungan 23 hingga 27 tahun mengalami kecederaan dan dihantar di Hospital Melaka untuk rawatan.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan I, Mohd Ismail Harun berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu daripada orang awam pada jam 5.41 pagi.

Katanya, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah bergegas ke lokasi dan tiba jam 5.51 pagi.

FOTO: JBPM

“Setibanya di tempat kejadian pasukan keluaran operasi (PKO) mendapati terdapat sebuah kereta Proton Iswara Aerobak terbabas di dalam longkang berhampiran masjid dan terdapat tiga orang terperangkap di dalamnya.

“Semua mangsa berjaya dikeluarkan dari kereta dan diserahkan kepada petugas perubatan untuk rawatan dan dibawa ke Hospital Melaka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Ismail berkata, operasi terkawal dan tamat sepenuhnya pada jam 6.37 pagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini