Tumpuan :
Nasional

3 cawangan Jabatan Imigresen laksana permohonan pasport secara dalam talian sepenuhnya

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika sidang media Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Sambutan Hari Raya Jabatan Imigresen di Putrajaya.

Oleh Zulfakhri Shamsul Ariffin

PUTRAJAYA: Permohonan pasport di Lembah Klang akan dijalankan secara dalam talian sepenuhnya pada 1 Jun ini, bermula dengan tiga cawangan Jabatan Imigresen terpilih iaitu di Kelana Jaya, Wangsa Maju dan Kajang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata berdasarkan rekod Jabatan imigresen Malaysia (JIM), tiga cawangan terbabit dipilih kerana menerima kadar permohonan yang tinggi.

Tiga cawangan itu juga dipilih kerana mempunyai jaringan internet yang baik justeru membolehkan perkhidmatan pasport dalam talian dilaksanakan.

“Bukan sahaja jaringan internetnya 100%, penembusan rangkaian internet 5G di Lembah Klang ini juga sudah mencecah lebih 90%.

“Jadi kita pilih tiga pejabat pasport ini kerana mempunyai rangkaian internet yang laju dan penembusan internet 100% membolehkan permohonan dibuat secara atas talian,” katanya.

Jelas beliau, pengecualian bagi permohonan di kaunter atau secara walk-in masih dibenarkan untuk 6 kategori.

“Walk-in masih boleh untuk kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah, warga emas berumur 60 tahun ke atas dan bakal jemaah haji yang menerima tawaran Tabung Haji.

“Yang keempat, pelajar yang berumur 21 tahun kebawah yang mendapat tawaran belajar ke luar negeri dan perlu mendapatkan pasport.” katanya.

Selain itu, katanya permohonan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) juga dibenarkan secara walk-in selain ahli keluarga yang mengiringi pemohon kanak-kanak berusia 12 tahun kebawah.

Loading...
Terkini