Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 3 beradik termasuk budak 4 tahun maut kemalangan

 

LAHAD DATU: Kanak-kanak perempuan 4 tahun antara tiga beradik yang maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kampung Bekapit, Jalan Tungku, malam tadi.

Dalam kejadian jam 7 malam, mangsa Ellaine Sappari, 4, kakak serta abangnya, Isang, 39, dan Amil, 45, yang menaiki motosikal Honda Wave disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 7.02 malam.

Lima pegawai dan anggota bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu digerakkan ke lokasi.

“Kemalangan membabitkan lapan mangsa daripada tiga kenderaan iaitu motosikal Honda Wave, Mitsubishi Triton dan Isuzu D Max.

“Tiga mangsa yang menaiki motosikal disahkan meninggal dunia, manakala lima lagi mangsa daripada dua kenderaan tidak cedera,” katanya dalam kenyataan.

Loading...
Terkini