SHAH ALAM: Sejumlah 28 ekor anak ular sawa dan seekor induk ditangkap dalam saliran longkang berdekatan sebuah restoran di Seksyen 20 dekat sini, malam tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata panggilan berhubung penemuan ular itu diterima pada jam 9.56 malam.
@buletintv3 Rasa geli-geleman ada, seram pun ada. 28 ekor anak ular sawa dan seekor induk berjaya ditangkap di dalam saliran longkang berdekatan sebuah restoran di Seksyen 20, Shah Alam malam tadi. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata panggilan berhubung penemuan ular itu diterima pada jam 9.56 malam. Menurut Ahmad Mukhlis, operasi menangkap ular itu mengambil masa 12 minit dan kesemua tangkapan dilepaskan ke tempat yang selamat. #buletintv3 #beritaditiktok #ularsawa
Katanya, susulan itu sepasukan enam terdiri daripada pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba dilokasi, didapati 28 anak ular sawa yang dipercayai baru menetas serta seekor induk berada dalam saliran longkang berkenaan.
“Bomba kemudian bertindak menangkap kesemua anak ular serta induknya menggunakan penjerut.
“Anak-anak ular berkenaan dianggarkan sepanjang setengah meter manakala induknya sekitar dua meter,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, operasi menangkap ular itu mengambil masa 12 minit dan kesemua tangkapan dilepaskan ke tempat yang selamat.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.