comscore
Tumpuan :
Nasional

28 wanita asing dicekup dalam ‘Ops Gegar’ di Segamat

Sebahagian daripada 28 wanita warga asing yang dicekup JIM Johor dalam serbuan di lima premis sekitar Segamat, semalam. – FOTO: Ihsan JIM Johor

JOHOR BAHRU: Seramai 28 wanita warga asing berumur 18 hingga 48 tahun dicekup anggota penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor dalam serbuan di lima premis di sekitar Segamat, semalam.

Pengarah Jabatan Imigresen (JIM) Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, turut diberkas seorang lelaki tempatan berumur 48 tahun yang menjaga premis terbabit bagi membantu siasatan.

Sebahagian daripada 28 wanita warga asing yang dicekup JIM Johor dalam serbuan di lima premis sekitar Segamat, semalam. -FOTO: Ihsan JIM Johor

“Kesemua wanita warga asing yang ditahan terdiri daripada 12 dari Thailand, Vietnam (11) dan Indonesia (5). Semua mereka tidak memiliki sebarang permit atau pas yang sah untuk berada di Malaysia serta tinggal lebih masa” katanya dalam satu kenyataan.

Susulan itu kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c) dan peraturan 11(7) (a) peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu salah guna pas lawatan sosial dan peraturan 39(b) peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas yang ditetapkan.

Sebahagian daripada 28 wanita warga asing yang dicekup JIM Johor dalam serbuan di lima premis sekitar Segamat, semalam. -FOTO: Ihsan JIM Johor

Manakala lelaki tempatan ditahan dibawah seksyen 56 (1)(d) kerana melindungi PATI.

Sebanyak 16 notis dikeluarkan untuk hadir ke pejabat Imigresen Johor kepada individu terbabit untuk membantu siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini