Tumpuan :
Nasional

28 pelajar, 10 guru cedera disengat tebuan

Foto: APM

PETALING JAYA: Seramai 28 pelajar dan 10 guru dikejarkan ke hospital selepas disengat tebuan di Hulu Langat, Selangor.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1.45 tengah hari tadi ketika kumpulan pelajar berkenaan seramai lebih 100 pelajar sebuah sekolah menengah di Shah Alam sedang menjalani Kem Kepimpinan Transformasi Pengawas di sebuah resort berdekatan.

Foto: APM

Program berkenaan berlangsung dari 8 hingga 10 September.

Difahamkan 25 mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Batu 14 untuk rawatan manakala tiga pelajar dibawa ke Hospital Ampang dan menerima rawatan di zon merah.

Laporan lanjut menyusul.

Loading...
Terkini