KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan semua menteri Kabinet yang baru dilantik akan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada jam 3 petang esok.
Beliau sebentar tadi mengumumkan saiz barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan yang disertai 28 menteri.
Jumlah saiz itu, termasuk Anwar yang memegang portfolio Menteri Kewangan adalah lebih kecil berbanding seramai 31 jemaah menteri dalam kerajaan yang terbentuk sebelum ini.
Perkara itu diumumkan Anwar pada sidang media pengumuman barisan Kabinetnya di pejabat beliau di Putrajaya.