Tumpuan :
Nasional

27,000 Mati Kerana Rokok

 

PUTRAJAYA: Fakta penggunaan rokok elektronik atau vape mampu mengurangkan ketagihan nikotin ternyata ‘dongeng’ apabila hampir 1.2 juta rakyat negara ini menjadi pengguna rokok alaf baru itu.

Presiden Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC), Dr Murallitharan Munisamy berkata, data melalui Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan mendapati masalah merokok rokok elektronik atau vape dilihat semakin membimbangkan tatkala kajian menunjukkan 27,000 kematian berlaku setahun di Malaysia akibat merokok.

“Pada 2016, pengguna dewasa vape adalah sebanyak 3.2 peratus sebelum meningkat kepada 4.9 peratus pada 2019.

“Jika dikira berdasarkan jumlah penduduk, pengguna rokok elektronik atau vape meningkat daripada 600,000 orang kepada 1.2 juta orang di Malaysia. Statistik di atas sepatutnya menjadikan kita semua lebih peka dengan bebanan masalah merokok yang berlaku dalam kalangan rakyat,” katanya.

Beliau berkata, MCTC bersama 38 badan gabungan di bawahnya, Majlis Belia Malaysia bersama 41 badan gabungan di bawahnya dan 128 NGO lain memandang serius isu merokok yang semakin berleluasa.

“Masalah merokok di Malaysia bukan sahaja terbeban dengan masalah merokok tembakau malahan semakin menular kepada merokok alaf baharu yang dikatakan lebih selamat iaitu rokok elektronik atau vape.

“Majlis Kawalan Tembakau Malaysia merasa sangat terkilan susulan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang dibuat bacaan pertama pada 27 Julai 2022 dan bacaan kedua pada 2 Ogos 2022 sebelum dimuktamadkan pindaan dalam Jawatankuasa Khas Parlimen pada 4 Oktober 2022 tidak dapat diteruskan susulan pembubaran Parlimen,” katanya.

Menurutnya, Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang dibentangkan itu adalah Rang Undang-Undang terbaik yang digubal oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak Jabatan Peguam Negara dalam sejarah kawalan tembakau sejak Malaysia menganggotai WHO Framework Convention on Tobacco Control (FCTC) pada 2005.

“Rang Undang-Undang ini untuk mengawal masalah penggunaan rokok termasuk rokok elektronik yang semakin mencengkam dalam masyarakat terutama kanak-kanak, remaja dan belia digandingkan dengan larangan penggunaan dalam kalangan generasi akan datang sepatutnya diluluskan awal lagi.

“Penangguhan kelulusan Rang Undang-Undang ini bermaksud kawalan terhadap lambakan rokok elektronik atau vape akan semakin berleluasa dan bayangkan berapa ramai lagi kanak-kanak, remaja sekolah dan belia akan terjebak dengan masalah ini selagi sekatan terhadap penjualan terutama penjualan dalam talian, larangan pengiklanan sebagaimana larangan kepada rokok dan produk tembakau tidak dapat dilaksanakan di bawah Undang-Undang ini,” katanya.

Beliau berkata, Majlis Kawalan Tembakau Malaysia yakin bahawa pemimpin yang akan dipilih kelak tidak akan membiarkan rakyat terus menyabung nyawa mereka dengan amalan berisiko khususnya penggunaan rokok elektronik yang terbukti menyebabkan komplikasi penyakit EVALI (Electronic Cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury).

“Oleh yang demikian, Majlis Kawalan Tembakau Malaysia menggesa semua bakal pemimpin yang akan dipilih rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (baik Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Negeri) yang akan diadakan lebih prihatin dengan masalah merokok.

“Kami juga menggesa Rang Undang-Undang ini sebagaimana pindaan yang dipersetujui 13 mantan Ahli Parlimen mewakili semua parti politik di bawah Jawatankuasa Khas ditubuhkan sebelum pembubaran Parlimen diumumkan segera diluluskan demi kesejahteraan rakyat Malaysia,” katanya. – HARIAN METRO

PUTRAJAYA: Fakta penggunaan rokok elektronik atau vape mampu mengurangkan ketagihan nikotin ternyata ‘dongeng’ apabila hampir 1.2 juta rakyat negara ini menjadi pengguna rokok alaf baru itu.

Presiden Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC), Dr Murallitharan Munisamy berkata, data melalui Tinjauan

Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan mendapati masalah merokok rokok elektronik atau vape dilihat semakin membimbangkan tatkala kajian menunjukkan 27,000 kematian berlaku setahun di Malaysia akibat merokok.

“Pada 2016, pengguna dewasa vape adalah sebanyak 3.2 peratus sebelum meningkat kepada 4.9 peratus pada 2019.

“Jika dikira berdasarkan jumlah penduduk, pengguna rokok elektronik atau vape meningkat daripada 600,000 orang kepada 1.2 juta orang di Malaysia. Statistik di atas sepatutnya menjadikan kita semua lebih peka dengan bebanan masalah merokok yang berlaku dalam kalangan rakyat,” katanya.

Beliau berkata, MCTC bersama 38 badan gabungan di bawahnya, Majlis Belia Malaysia bersama 41 badan gabungan di bawahnya dan 128 NGO lain memandang serius isu merokok yang semakin berleluasa.

“Masalah merokok di Malaysia bukan sahaja terbeban dengan masalah merokok tembakau malahan semakin menular kepada merokok alaf baharu yang dikatakan lebih selamat iaitu rokok elektronik atau vape.

“Majlis Kawalan Tembakau Malaysia merasa sangat terkilan susulan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang dibuat bacaan pertama pada 27 Julai 2022 dan bacaan kedua pada 2 Ogos 2022 sebelum dimuktamadkan pindaan dalam Jawatankuasa Khas Parlimen pada 4 Oktober 2022 tidak dapat diteruskan susulan pembubaran Parlimen,” katanya.

Menurutnya, Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang dibentangkan itu adalah Rang Undang-Undang terbaik yang digubal oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak Jabatan Peguam Negara dalam sejarah kawalan tembakau sejak Malaysia menganggotai WHO Framework Convention on Tobacco Control (FCTC) pada 2005.

“Rang Undang-Undang ini untuk mengawal masalah penggunaan rokok termasuk rokok elektronik yang semakin mencengkam dalam masyarakat terutama kanak-kanak, remaja dan belia digandingkan dengan larangan penggunaan dalam kalangan generasi akan datang sepatutnya diluluskan awal lagi.

“Penangguhan kelulusan Rang Undang-Undang ini bermaksud kawalan terhadap lambakan rokok elektronik atau vape akan semakin berleluasa dan bayangkan berapa ramai lagi kanak-kanak, remaja sekolah dan belia akan terjebak dengan masalah ini selagi sekatan terhadap penjualan terutama penjualan dalam talian, larangan pengiklanan sebagaimana larangan kepada rokok dan produk tembakau tidak dapat dilaksanakan di bawah Undang-Undang ini,” katanya.

Beliau berkata, Majlis Kawalan Tembakau Malaysia yakin bahawa pemimpin yang akan dipilih kelak tidak akan membiarkan rakyat terus menyabung nyawa mereka dengan amalan berisiko khususnya penggunaan rokok elektronik yang terbukti menyebabkan komplikasi penyakit EVALI (Electronic Cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury).

“Oleh yang demikian, Majlis Kawalan Tembakau Malaysia menggesa semua bakal pemimpin yang akan dipilih rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (baik Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Negeri) yang akan diadakan lebih prihatin dengan masalah merokok.

“Kami juga menggesa Rang Undang-Undang ini sebagaimana pindaan yang dipersetujui 13 mantan Ahli Parlimen mewakili semua parti politik di bawah Jawatankuasa Khas ditubuhkan sebelum pembubaran Parlimen diumumkan segera diluluskan demi kesejahteraan rakyat Malaysia,” katanya. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini