Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 25 buah rumah kongsi di Pulau Perhentian musnah terbakar


BESUT: Sebanyak 25 buah rumah kongsi di Pulau Perhentian di sini musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Difahamkan lebih 80 orang pekerja buruh binaan yang mendiami rumah kongsi berkenaan hilang tempat tinggal.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Muhammad Basri Kamarazaman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.09 pagi.

Enam anggota bersama pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut segera digerakkan ke lokasi kejadian.

Katanya pihak bomba menggunakan bot untuk ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 30 kilometer (KM) dari darat.

“Kita sampai ke lokasi api sudah merebak hingga menyebabkan 25 daripada 33 rumah kongsi berkenaan hangus terbakar,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, hasil tindakan pantas api dapat dikawal sebelum merebak ke lapan buah rumah lagi.

Operasi bagi mengawal serta memadam kebakaran mengambil masa kira-kira 30 minit.

Operasi turut dibantu pasukan TindakanKecemasan (ERT).

Punca sebenar kebakaran masih disiasat.

“Orang ramai dinasihatkan tidak melakukan kebakaran terbuka hingga boleh menyebabkan berlaku kebakaran berskala besar terutamanya ketika musim panas ini,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini