comscore
Tumpuan :
Nasional

25 anggota, kakitangan awam IPD Kuching dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan

KUCHING: Seramai 25 anggota dan kakItangan yang berkhidmat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching telah dikenakan tindakan tatatertib termasuk dibuang kerja.

Ia selepas anggota terbabit didapat terlibat dengan pelbagai kesalahan jenayah dan kegiatan tidak sihat termasuk penyalahgunaan dadah dan rasuah.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten (ACP) Komisoner Ashmon Bajah berkata, daripada jumlah terbabit, empat  merupakan pengawai kanan manakala 20 lagi merupakan anggota pangkat rendah dan seorang kakitangan awam.

” Daripada jumlah yang terlibat ini, empat terlibat dengan rasuah, empat lagi terlibat dengan pelbagai jenis jenayah termasuh jenayah dadah, enam terlibat dengan pelbagai kesalahan dan selebihnya lagi terlibat dengan salah laku tatatertib.

“Walaupun jumlah ini kecil iaitu hanya melibatkan 2.3 peratus kekuatan kakitangan di IPD berkenaan  namum ia berupaya menjejaskan imej serta kualiti perkhidmatan polis kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penutupan program intergriti dan kesedaran kesihatan mental di Kuching.

Justeru katanya, tindakan tegas perlu dilaksanakan bagi mengelakkan masalah terbabit terus mempengaruhi seterusnya mengakibatkan kehilangan kepercayaan masyarakat terhadap institusi kepolisian.

“Saya tidak mahu pegawai saya terlibat dengan perkara-perkara sedemikian walaupun jumlah kecil tetapi  itu adalah penting sebelum penyakit ini menjadi lebih parah dan menghancurkan PDRM kuching.

“Keadaan ini akhirnya akan mengecewakan masyarakat yang memerlukan perkhidmatan daripada kami,” katanya.

Ashmon berkata, sepanjang tahun ini, seramai 133 anggota dan kakitaangan awam di IPD berkenaan didapati terlibat dengan salah laku displin dalaman dengan kesemua mereka telah dimasukkan dalam program intervensi pemulihan.

Tindakan itu tegasnya bagi memastikan tahap displin anggota terlibat berada pada tahap optimum  serta sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang baik kepada masyarakat.

Ia selaras dengan saranan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain @ Abdul Rasid yang mahu setiap pekhidmatan yang disampaikan PDRM berteraskan intergriti dan tata kelola yang betul.

Loading...
Terkini