comscore
Tumpuan :
Nasional

246,039 murid di Terengganu memulakan sesi persekolahan 

KUALA NERUS: Seramai 246,039 murid di Terengganu memulakan sesi persekolahan 2024 yang dibuka  hari ini.

Daripada Jumlah itu, seramai 138,484 membabitkan murid sekolah rendah dan selebihnya sekolah menengah.

Paling teruja ke sekolah hari ini adalah murid tahun satu.

Seramai 18,294 murid tahun satu memulakan sesi persekolahan.

Tinjauan di SK Bukit Tumbuh, Kuala Nerus, mendapati, berbagai ragam murid tahun satu dirakam.

Masing-masing teruja ditemani ibu bapa di hari pertama persekolahan.

Tiada murid yang menangis mahu mengikut ibu bapa pulang ke rumah dan masing-masing sangat selesa dengan layanan baik guru dengan aktiviti menarik disediakan.

Menurut ibu bapa ketika ditemui berkata, anak mereka bangun sewal jam 6.00 untuk ke sekolah.

Loading...
Terkini