Tumpuan :
Nasional

244,862 PATI mohon pulang ke negara asal secara sukarela

Puluhan warga asing hadir pada hari terakhir Program Repatriasi Migran di kaunter Imigresen Johor Bahru di Wisma Persekutuan. -FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Seramai 244,862 pendatang asing tanpa izin (PATI) berdaftar dalam Program Repatriasi Migran bagi tempoh 1 Mac hingga 30 Disember lalu.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata, jumlah itu membabitkan pendaftaran PATI dari 114 negara.

“Kami menerima pendaftaran tertinggi dari lima negara iaitu Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Pakistan,” katanya dalam kenyataan ringkas kepada media.

Program Repatriasi Migran adalah inisiatif kerajaan kepada warga asing yang melakukan kesalahan imigresen tertentu untuk pulang ke negara asal secara sukarela dengan menawarkan kadar kompaun lebih rendah.

Ia dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sepenuhnya tanpa sebarang pembabitan pihak ketiga.

Tempoh pendaftaran bagi pelaksanaan program ini selama 10 bulan iaitu bermula 1 Mac hingga 31 Disember lalu.

Ia tempoh masa yang mencukupi untuk persediaan pulang secara sukarela memandangkan mereka boleh pulang bersama keluarga dan mempunyai masa sebagai persediaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini