comscore
Tumpuan :
Nasional

23 rakyat Malaysia di Lubnan selamat

Bangunan Kementerian Luar, Wisma Putra di Putrajaya. – FOTO: NSTP

Oleh: Ridhwan Rusydi Azri Roslan

PETALING JAYA: 23 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Beirut, Lubnan dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

Kementerian Luar Negeri (KLN) dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya juga sedang memantau perkembangan terkini di negara itu berikutan serangan di Beirut dan peningkatan pertempuran rentas sempadan di selatan Lubnan.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, kementerian ini ingin menasihatkan semua rakyat Malaysia yang menetap di Lubnan supaya sentiasa berwaspada terhadap keselamatan mereka.

KLN turut menasihatkan rakyat Malaysia untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat atau kembali ke Malaysia secara sukarela sekiranya terdapat risiko ke atas keselamatan mereka.

“Rakyat Malaysia turut dinasihat supaya menangguhkan perjalanan ke Lubnan berikutan keadaan yang tidak menentu di negara berkenaan.”

“Kedutaan juga sentiasa berkomunikasi dengan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 yang berkhidmat dengan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL)untuk memastikan keselamatan pasukan pengaman kita,” katanya menerusi satu kenyataan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini