comscore
Tumpuan :
Nasional

216 topi keledar ‘arai’ tiruan dirampas

NIBONG TEBAL: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang merampas 216 unit topi keledar bernilai RM54,000 yang dipercayai menggunakan tanda karya seni ‘arai’ tiruan.

Pengarah KPDN Pulau Pinang, Jegan Subramaniam berkata, serbuan dilakukan di sebuah premis perniagaan di Sungai Bakap, semalam.

Operasi dijalankan bersama wakil pemilik hak cipta produk berkenaan.

Ia susulan premis pemborong topi keledar dan aksesori motosikal itu disyaki menjual topi keledar yang memaparkan tanda ‘arai’ palsu, bukan keluaran asli pemilik hak cipta.

“Hasil serbuan dan pemeriksaan di premis berkenaan, kami menemukan 216 unit topi keledar dengan tanda karya seni ‘arai’ yang dianggarkan bernilai RM54,000, dan kesemua barang tersebut disyaki tiruan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya telah merekodkan keterangan pemilik premis itu untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Akta Hak Cipta 1987.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini