KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) mengesahkan keseluruhan sebanyak 214 penerbangan ke Sabah dan Sarawak terpaksa dibatalkan susulan letusan di Gunung Ruang, Indonesia, baru-baru ini.
Menurut MOT, pembatalan kesemua penerbangan itu menjejaskan seramai 33,864 penumpang yang keluar masuk di dua negeri terbabit untuk tempoh dua hari kejadian iaitu pada Khamis dan Jumaat lalu.
Media sebelum ini melaporkan kira-kira 20,000 penumpang yang masuk dan keluar ke Sabah dan Sarawak terjejas akibat pembatalan penerbangan berikutan letusan Gunung Ruang di Sulawesi Utara.
Letusan larva dan abu tebal dari gunung berapi itu menyebabkan ruang udara sekitarnya termasuk di Sabah terjejas dan memaksa syarikat penerbangan mengambil langkah membatalkan sementara penerbangan.
Empat syarikat penerbangan iaitu Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air dan Firefly terpaksa membatalkan kesemua penerbangan membabitkan Sabah dan Sarawak.
Walaupun pada awal ada syarikat penerbangan cuba memulihkan operasi penerbangan semula kelmarin namun terpaksa dibatalkan selepas mengambil kira keadaan cuaca dan keselamatan operasi.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Letusan Gunung Ruang: Belum ada keperluan wajibkan pelitup muka – JKNS
- [VIDEO] Letusan Gunung Ruang: Ratusan penumpang terkandas di KKIA
- Status aktiviti letusan Gunung Ruang dinaikkan ke Tahap IV, waspada potensi tsunami
- Letusan Gunung Ruang: MAS, AirAsia batal penerbangan ke/dari Sabah, Sarawak
- Di mana lokasi Gunung Ruang? Kronologi letusan yang memaksa ratusan penduduk dipindahkan
- METMalaysia terus pantau perkembangan letusan Gunung Ruang