comscore
Tumpuan :
Nasional

214 mangsa banjir di Kedah berada di tujuh PPS

Badariah Abdullah,85, berkerusi roda berehat di luar PPS Sekolah Kebangsaan Siong selepas berpindah malam tadi.- Foto: NSTP

BALING: Seramai 214 mangsa daripada 67 keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Banjir (PPS) sehingga jam 4 petang ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab.Aziz berkata, hujan mulai turun jam 3 petang ini menyebabkan mangsa tidak dibenarkan pulang kerana keadaan tidak selamat dan bimbang kejadian buruk berlaku.

Beliau berkata, hujan mula turun jam 3 petang ini menyebabkan air Sungai Ketil mulai naik dan arus semakin laju.

“Mangsa di semua PPS tidak dibenarkan pulang kerana hujan masih turun dan akan berlaku banjir kilat.

“Hujan lebat di kawasan Kampung Tanjung Pari, Mukim Siong menyebabkan Sungai Ketil akan melimpah dengan cepat,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini tidak ada laporan kemalangan yang dilaporkan di semua tujuh PPS yang menempatkan mangsa banjir.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Baling membuat bancian berkala bagi memastikan mangsa banjir selamat,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini