Tumpuan :
Nasional

21 tan bekalan makanan dihantar ke perkampungan Orang Asli di Gua Musang

Oleh Mohd Ishak Abdillah Ngah

TERENGGANU: Jambatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) berjaya menghantar 21 tan bantuan bekalan makanan untuk 1,400 keluarga masyarakat Orang Asli di Gua Musang, Kelantan.

Bekalan makanan itu dihantar menggunakan helikopter Mi-17-IV milik JBPM.

Penolong Kanan Penguasa Bomba yang juga Juruterbang Pengkalan Udara Wilayah Ketengah Subang, Mohd Azuna Mohamed Sabri berkata berkata JBPM berjaya melakukan misi itu selepas tertangguh sejak semalam akibat cuaca buruk.

Bantuan dihantar ke perkampungan Orang Asli termasuk di Pos Gob, Pos Belatim, Pos Bihai, Pos Balar dan kampung sekitar menggunakan helikopter susulan lokasi terlibat terputus hubungan kerana laluan balak rosak teruk akibat hujan.

Perkhidmatan Unit Udara JBPM Pangkalan Udara Wilayah Tengah Subang itu berlepas Dari Akademi Bomba, Wakaf Tapai, Marang ke Gua Musang, tanpa sebarang masalah.

Bekalan makanan dan keperluan itu diagih kepada golongan sasar yang terkandas sejak bencana banjir melanda jajahan itu hampir seminggu yang lalu.

Bekalan makanan dihantar ke perkampungan yang paling jauh dan sukar iaitu Kampung Gawin yang melibatkan 43 keluarga dan seterusnya ke Kampung Gob yang mempunyai 144 keluarga.

Menurut beliau, penerbangan membawa bekalan makanan dan keperluan itu melibatkan sembilan orang kru.

Loading...
Terkini