comscore
Tumpuan :
Nasional

21 individu berkumpul disyaki pengikut Syiah di Kedah ditahan JHEAIK

Pegawai JHEAIK melakukan serbuan di sebuah rumah di Kampung Alor Berala, selepas 21 individu berkumpul disyaki pengikut Syiah. FOTO: Ihsan JHEAIK

ALOR SETAR: 21 individu dipercayai mengikuti ajaran dan fahaman Syiah di sebuah rumah di Kampung Alor Berala, Mukim Tobiar, Pendang telah ditahan pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) Selasa lalu.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Kedah, Syeikh Zainul Mukhtar Abdullah Sirajuddin berkata, serbuan dilakukan pada jam 9.50 malam selepas JHEAIK menerima maklumat memaklumkan pengikut Syiah berkumpul bagi memperingati Maulid Imam Syiah Ke-11, Imam Hasan Al-Askari di rumah seorang individu didakwa sebagai ketua Syiah di Kedah.

Katanya, pada Operasi Khas Syiah oleh pegawai penguat kuasa agama (PPA) JHEAIK bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu turut merampas kitab dan barangan yang dikaitkan dengan ajaran berkenaan.

“Semua 21 individu yang ditahan di rumah berkenaan adalah enam lelaki, sembilan wanita dan enam kanak-kanak berusia antara tiga hingga 77 tahun.

“Mereka kemudian dibawa ke Pejabat Agama Daerah Pendang untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zainul Mukhtar berkata, penahanan individu terbabit seiring dengan ajaran dan fahaman Syiah yang diwartakan pada 15 Jun 2014 sebagai bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi teras pegangan masyarakat Islam khususnya di Kedah.

Katanya, semua yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 9 dan 12 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014 kerana menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama serta penerbitan agama yang bertentangan dengan hukum syarak.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini