Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 21 cedera, bas SUK Selangor terbabas masuk parit

FOTO: NSTP

SHAH ALAM: 21 mangsa cedera termasuk enam parah, selepas bas milik pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang dinaiki mereka bertembung motosikal di Jalan Simpang Morib Kampung Kelanang dekat Kuala Langat di sini, tengah hari tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan terbabit pada jam 1.07 petang tadi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Buletin TV3 (@buletintv3)

“Menurut laporan komander operasi, kemalangan itu membabitkan sebuah motosikal jenis Honda EX5 dan sebuah bas milik pejabat SUK Selangor yang terbabas ke dalam parit sedalam kira-kira dua meter.

“Siasatan mendapati, terdapat 21 mangsa terdiri daripada 15 wanita dan enam lelaki dalam bas. Pemandu dan pembantunya dari SUK, manakala penumpang dari Mahkamah Selangor.

FOTO: NSTP

“Dua lelaki dan empat dewasa mengalami cedera parah, manakala 15 lagi mangsa mengalami cedera ringan.

“Pemandu bas tersepit di tempat duduknya sebelum operasi mengeluarkan mangsa dilakukan bomba,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Md Razali berkata, semua mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Banting untuk rawatan kecemasan.

FOTO: NSTP

“Semua yang cedera parah termasuk pemandu, berada di zon kuning, mereka dianggarkan berumur 30an hingga 40an,” katanya.

Beliau berkata, maklumat awal yang diperoleh, pemandu bas itu dipercayai mengelak motosikal sebelum terbabas ke dalam parit.

Setakat ini, penunggang dan motosikal gagal dikesan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini