comscore
Tumpuan :
Nasional

209 mangsa banjir ditempatkan di PPS di Perak Tengah

Anggota bomba membantu memindahkan mangsa banjir di Parit ke PPS SK Simpang 3, malam tadi. – FOTO: Bomba

PARIT: Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Perak bagi menempatkan 209 mangsa daripada 73 keluarga yang terjejas banjir di daerah Perak Tengah.

Ini ekoran Kampung Serapoh dan Kampung Buluh Akar, di sini dinaiki air berpunca limpahan akibat hujan lebat berterusan melebihi dua jam, malam tadi.

Laporan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Perak setakat jam 8 pagi menunjukkan, semua 209 mangsa kini berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang 3 Parit yang mula beroperasi jam 9 malam tadi.

Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak melaporkan semua sungai di negeri itu berada pada paras normal.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini