BENTONG: Calon Barisan Nasional (BN) DUN Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Orang Ramai FELDA Kemasul, dekat sini, ditemani pimpinan tertinggi parti membentuk Kerajaan Perpaduan.
Beliau diapit Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi: Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu; Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Naib Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Lokasi penyokong Barisan Nasional (BN) berhimpun kira-kira 500 meter dari Dewan Orang Ramai FELDA Kemasul, yang menjadi pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pagi ini, meriah seperti sebuah ‘pesta’.
Ia menjadi hentian atau ‘pit stop’ buat penyokong BN termasuk beberapa penyokong Pakatan Harapan (PH) sebelum berarak ke pusat berkenaan.
Selain didendangkan ceramah oleh pemimpin tertinggi BN, terdapat sekumpulan anak muda berbaju parti berkenaan bersorak dan menyanyikan lagu sebagai motivasi buat calon termasuk penyokong yang hadir.
Terdapat juga peniaga yang mengambil kesempatan menjual makanan, minuman termasuk ‘cenderahati’ seperti baju dan bermacam lagi.
Di sebelah penyokong Perikatan Nasional (PN) pula kelihatan tenang dan dihadiri lebih 1,000 orang.
Difahamkan kedua-dua penyokong hadir seawal jam 6.30 lagi lagi untuk berarak menyokong calon parti masing-masing.
| ARTIKEL BERKAITAN