comscore
Tumpuan :
Nasional

2,000 kampit beras habis terjual dalam masa 15 minit

Orang ramai berpusu-pusu mendapatkan beras paket lima kilogram yang berharga RM9.90 di sebuah syarikat penjualan emas di Kota Bharu. FOTO: NSTP

KOTA BHARU: Sebanyak 2,000 kampit beras paket lima kilogram berharga RM9.90 setiap satu berjaya dijual dalam masa 15 minit.

Inisiatif itu diambil oleh sebuah syarikat penjualan emas di sini bagi membantu dan meringankan beban golongan susah serta memerlukan.

Rakan Niaga Sumber Manusia syarikat itu, Nur Akmal Ahmad Tajuddin berkata pihaknya mengambil insiatif menjual beras import kepada golongan memerlukan dengan harga 50 peratus lebih murah dari pasaran.

Rakan Niaga Sumber Manusia sebuah syarikat penjualan emas di Kota Bharu, Nur Akmal Ahmad Tajuddin. FOTO: NSTP

“Alhamdulillah dalam masa 15 minit kesemua beras habis dijual kepada semua pelanggan yang datang bukan sahaja dari Kota Bharu, malah dari Kuala Krai, Gua Musang dan daerah yang lain,” katanya.

Menurut Nur Akmal, pihaknya bersyukur kerana program itu mendapat sambutan daripada kalangan masyarakat.

Nur Akmal berkata, pihaknya akan meneruskan lagi inisiatif berkenaan di premisnya yang lain di Kuala Krai dan Jertih, Terengganu.

Sementara itu, suri rumah, Siti Nor Aisyah Abdullah, 28, berkata penjualan beras dengan harga yang lebih murah daripada pasaran dapat mengurangkan beban perbelanjaan keluarganya.

Suri rumah, Siti Nor Aisyah Abdullah. FOTO: NSTP

Ibu empat anak itu berkata dia bersyukur kerana dapat membeli dua kampit beras sekali gus meringankan belanja yang ditanggung suaminya, Mohd Nazmi Zulkifli, 32, yang bekerja sebagai pembantu am di syarikat swasta.

“Alhamdulillah kerana saya dapat beli beras dengan harga murah dan berharap ia akan diteruskan lagi pada masa akan datang,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini