Tumpuan :
Nasional

200 pokok ros, orkid cuba diseludup dari Thailand

Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 200 pokok bunga jenis orkid dan ros yang dipercayai diseludup dari Thailand membabitkan nilai RM35,000 di sekatan jalan raya (SJR) Chabang Empat Salam, di sini, kelmarin. FOTO: Ihsan PGA

RANTAU PANJANG: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 200 pokok bunga jenis orkid dan ros, dipercayai diseludup dari Thailand di sekatan jalan raya (SJR) Chabang Empat Salam, di sini, kelmarin.

Rampasan pada 2.45 petang itu selepas anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dalam keadaan mencurigakan.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pemeriksaan terhadap kenderaan berkenaan menemui sejumlah 200 pokok bunga jenis orkid dan ros dianggarkan bernilai RM35,000

“Tanaman ini disyaki mempunyai serangga perosak dan penyakit. Pemandu seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun dipercayai menjadi penghantar tanaman itu ke pasaran tempatan.

“Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM35,000 dan kes disiasat dibawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167) Seksyen 5. Suspek dan barang rampasan dibawa ke Komtak PGA Taman Bakti untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan daripada berleluasa di sempadan negara.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini