Tumpuan :
Nasional

20 permit permohonan penjualan mercun diterima IPD Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, menerima 20 permohonan permit jualan mercun setakat ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Abdul Rahim Md Din berkata, sehingga kini hanya dua permohonan diluluskan sementara permohonan yang lain masih dalam penelitian pihaknya.

Katanya, proses kelulusan mengambil masa kerana pihaknya perlu meneliti beberapa perkara sebelum kelulusan diberi.

Antaranya latar belakang peniaga dan lesen perniagaan, tempat yang sesuai, dan kesesuaian jenis mercun.

“Aspek rekod jenayah, rekod keselamatan dan mesti ada tempat menyimpan bunga api, mercun perlu tempat selamat baru kita boleh pertimbangkan untuk kelulusan mendapatkan permit penjualan mercun dan bunga api.”

Beliau menjangkakan permit permohonan penjualan mercun tahun ini akan meningkat berbanding tahun lalu kerana negara semakin bebas dari pandemik COVID-19.

Beliau turut menasihati peniaga yang menjual mercun dan bunga api tanpa permit agar memohon permit penjualan terlebih dahulu.

Tambahnya, peniaga yang menjual mercun dan bunga api tanpa kebenaran adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 7 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207).

Loading...
Terkini