Oleh: Selwam Arjunan
NIBONG TEBAL: 20 pekerja asing sempat menyelamatkan diri dalam kebakaran asrama pekerja di Taman Jawi Indah, di sini, pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.21 pagi.
Jentera dan anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal yang tiba di lokasi mendapati kebakaran melibatkan rumah asrama pekerja Kelas B.
“Anggaran peratusan kemusnahan kebakaran sebanyak 80%.
“Semasa kebakaran, kesemua penghuni warga asing seramai 20 orang telah keluar menyelamatkan diri.
“Kebakaran telah dapat dipadamkan dan telah dijalankan kerja-kerja overhaul,” katanya dalam satu kenyataan.
Operasi pemadaman turut dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela berdekatan.
Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.