Oleh: Ezzuan Ahmad Dani / Mohd Ishak Abdillah Ngah
KEMAMAN: Seramai dua puluh pekebun tanaman kelapa sawit di Bandar Cheneh Baru, Kemaman, Terengganu, berputih mata selepas tanaman kelapa sawit yang diusahakan mereka musnah diserang oleh sekumpulan gajah liar.
Serangan berkenaan telah menyebabkan hampir 700 ratus batang pokok kelapa sawit musnah dan pekebun terpaksa menanggung kerugian kira – kira RM30,000.
Menurut mereka, kehadiran gajah liar di kawasan hutan berhampiran mula dikesan sejak awal tahun ini.
Serangan terbaru ialah pada hari Selasa lalu.
Dalam serangan itu, sekumpulan tujuh hingga lapan ekor gajah liar turut memusnahkan tanaman kontan lain yang ditanam seperti pokok pisang, durian dan pokok kelapa.
Kejadian itu menyebabkan pokok kelapa sawit yang berusia satu hingga lima tahun dan tanaman kontan lain yang sudah sedia dituai hasilnya musnah sama sekali .
Pekebun berkata mereka kini buntu kerana sudah kehabisan modal untuk membeli anak pokok baru bagi melakukan kerja-kerja penanaman semula.
Menurut Ramli Jusoh, 63 berkata, pada hari kejadian dia diberitahu oleh rakan yang terserempak dengan kelibat gajah liar di dalam kebunnya.
“saya masuk check tengok, lembik lutut juga, lah kita, tengok tanaman kita empat lima tahun , nak keluar hasil, kalau yang sebelah sana tu pokok nyior, yang sini kelapa sawit, dah berbuah dah, boleh ambil hasil dah separuh – separuh, kecewa tu nak buat macam mana dah, ketentuan Allah Taala , kita nak buat macam mana”, katanya.
Bagi Mohd Hafizi Abdul Rahman, 25, dia kini buntu untuk mencari modal untuk memulakan tanaman semula .
“Sekarang anak sawit dah jatuh empat puluh ringgit sepokok, kalau lima ratus pokok berapa modal tetpaksa kami”.
Susulan itu , pekebun berharap agar ada tindakan segera diambil dari pihak berwajib untuk menghalau kumpulan gajah itu dariipada terus merosakkan tanaman pekebun.
Sementara itu pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, Terengganu, Loo Kean Seong ketika dihubungi berkata pihaknya telah menerima laporan kejadian berkenaan.
Siasatan katanya akan dilakukan oleh pihak perhilitan. – BULETIN TV3